fbpx

16 dicekup semasa beli nombor ekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa Jaipk menahan seorang lelaki kerana membeli nombor ekor pada Ops Cegah Judi yang dijalankan serentak di beberapa premis di negeri ini pada Sabtu lalu.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Seramai 16 individu beragama Islam dicekup Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) kerana membeli nombor ramalan menerusi Operasi Cegah Judi yang dijalankan serentak di beberapa premis di negeri ini pada Sabtu lalu.

Dalam operasi itu tiga orang ditahan masing-masing di Ipoh, Batu Gajah dan Kampar, Taiping (dua) dan bakinya di Gerik, Muallim, Kuala Kangsar, Parit Buntar dan Teluk Intan.

Walaupun ada antara mereka yang cuba untuk melarikan diri selain memberi helah, namun tidak berjaya kerana ditahan semasa berada di dalam premis.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah (Syariah) Negeri Perak 1992 atas kesalahan berjudi atau berada di tempat judi.

“Ops Cegah Judi ini merupakan operasi membanteras judi secara berkala dilaksanakan Jaipk. Pemeriksaan terhadap premis-premis perjudian sentiasa dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Jaipk di seluruh Perak.

“Tujuannya adalah untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan kesalahan jenayah syariah dan pada masa sama kita mendoakan mereka ini diberikan hidayah oleh Allah SWT,” ujarnya.

Operasi tersebut melibatkan seramai 50 orang pegawai penguat kuasa Jaipk.

Sekiranya sabit kesalahan, pesalah ini boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000, penjara atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI