fbpx

Saintis dedah labah-labah tidur berdengkur dan bermimpi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kajian mendapati labah-labah mengalami REM sama seperti manusia ketika sedang bermimpi. - Scorpo Hunter

BERLIN, JERMAN – Satu kajian baharu mendedahkan bahawa labah-labah mampu bermimpi semasa tidur dan boleh mengalami situasi berdengkur seperti manusia, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Penyelidik di Jerman merakam lebih 30 anak labah-labah semasa tidur menggunakan kamera inframerah.

Semasa berehat, serangga itu mempamerkan ‘pergerakan retina berkala’ yang ditambah dengan ‘kedutan anggota badan dan lentik kaki’.

Ia serupa dengan pergerakan pantas mata semasa tidur atau REM pada manusia, iaitu apabila mata bergerak dengan pantas dari sisi ke sisi di belakang kelopak mata yang tertutup semasa mengalami mimpi yang jelas.

Justeru, hasil kajian mencadangkan bahawa labah-labah juga mengalami tidur REM dan mungkin turut mengalami mimpi.

Kajian itu diketuai oleh ahli biologi evolusi di Universiti Konstanz di Jerman, Daniela Roessler dan diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

“Pergerakan retina yang diperhatikan adalah konsisten termasuk tempoh dan selang masa yang tetap dengan kedua-duanya meningkat sepanjang malam,” tulis jurnal tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI