fbpx

Polis tembak mati lelaki bersenjatakan pisau di lapangan terbang Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan luar di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris dirakam pada 6 Ogos 2018. - AFP

PARIS – Polis Perancis menembak mati seorang lelaki yang bersenjatakan pisau di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, hari ini, kata beberapa sumber polis.

“Pegawai polis meredakan keadaan apabila seorang individu mengancam menggunakan pisau di Lapangan Terbang Charles de Gaulle,” kata jabatan polis Paris menerusi laman Twitter.

Satu sumber lapangan terbang berkata, insiden itu berlaku di Terminal 2F sekitar pukul 8.20 pagi (waktu tempatan), apabila seorang lelaki gelandangan mula mengganggu anggota keselamatan. Polis kemudian dihubungi untuk meredakan keadaan.

Pada awalnya, lelaki berkenaan meninggalkan lokasi tersebut sambil menyumpah seranah, namun dia kembali ke situ dan membawa sebilah pisau.

“Seorang lelaki berbadan besar membawa sesuatu yang kelihatan seperti pisau dan menghunuskannya ke arah polis.

“Dia diarah untuk menghentikan perbuatan itu, namun tetap bertindak demikian yang memaksa polis melepaskan satu das tembakan,” kata jurugambar AFP yang menyaksikan insiden itu.

Lelaki itu kemudian dibawa pergi menggunakan pengusung, kata jurugambar tersebut. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI