fbpx

Darlene viral sudah insaf, hanya buat air di dapur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARLENE selesa melakukan kerja di bahagian dapur bagi mengelak sebarang salah faham ketika ditemui di restorannya di Setiu, Terengganu kelmarin. – PUQTRA HAIRY ROSLI

SETIU – Pelayan restoran menjual air buah dikenali sebagai Darlene yang pernah mencetuskan kontroversi selepas dipeluk pelanggan lelaki menganggap kejadian yang berlaku pada bulan lalu menginsafkan dirinya.

Darlene, 31, berkata, disebabkan kejadian tular itu, dia kini lebih berhati-hati sewaktu be­kerja bagi mengelak insiden sama berulang pada masa hadapan.

“Saya menerima banyak kecaman bukan sahaja di media sosial, malah secara bersemuka oleh segelintir pelanggan yang datang di restoran ini sejak kejadian tersebut tular pada awal Julai lalu.

“Namun, ada juga pelanggan yang bersimpati dan memberikan sokongan moral. Jauh di sudut hati, saya berasa tidak adil kerana hanya saya dicemuh dan dikenakan tindakan perunda­ngan,” katanya ketika ditemui Kos­mo! di restorannya di Kampung Saujana di sini kelmarin.

Berita berkaitan: Pelanggan lelaki peluk pelayan wanita dikecam

Menurut Darlene, tindakan undang-undang juga harus dikenakan ke atas pelanggan lelaki yang memeluknya.

Mengulas lanjut, wanita itu memberitahu, bagi mengelak sebarang kontroversi, dia lebih ba­nyak melakukan kerja di bahagian dapur dan kaunter bayaran.

“Saya bimbang jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab merakam gambar saya melayan pelanggan secara curi-curi sehingga menimbulkan salah faham di kemudian hari.

Berita berkaitan: JHEAT siasat video pelanggan lelaki peluk pelayan wanita

“Lagipun kes sebelum ini yang disiasat Jabatan Hal Eh­wal Agama Islam Terengganu (JHEAT) masih berjalan dan dijangka di­sebut di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu pada bulan hadapan,” katanya.

Begitupun, Darlene tetap bersyukur kerana operasi perniagaannya yang popular dengan air buah dan masakan panas tidak terjejas dan masih dipenuhi pe­langgan seperti biasa.

Kosmo! pada 5 Julai lalu me­laporkan sebuah video memaparkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang pelayan restoran wanita tular dalam media sosial sekali gus mengundang kecaman masyarakat.

Susulan kejadian tular itu, JHEAT menyerbu premis tersebut dan menjalankan siasatan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Siasatan awal JHEAT mendapati premis makanan itu berada dalam pemerhatian pihak berkuasa itu ekoran dakwaan perlakuan kurang sopan melibatkan wanita terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI