fbpx

NASA temui kawah seperti telinga manusia di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINTIS menemui kawah berbentuk telinga besar di Marikh. – SWNS

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan penemuan kawah berbentuk telinga manusia di planet Marikh yang ditemui oleh kapal angkasanya, lapor akhbar New York Post semalam.

Bentuk kawah itu kelihatan mempunyai bahagian yang menyerupai cuping dan saluran telinga.

Kawah tersebut dikatakan terbentuk apabila sebuah batu angkasa terhempas ke permukaan planet itu.

Saiznya adalah sepanjang 1.8 kilometer (km) dan ditemui di hemisfera utara Marikh.

NASA menggelarnya sebagai contoh pareidolia, iaitu apabila manusia membayangkan sesuatu ciri seperti muka atau corak dalam objek.

“Dalam kes ini, kami melihat terdapat kawah ganjil yang terbentuk akibat hentaman yang kelihatan sangat mirip dengan telinga.

“Sebaik sahaja anda melihatnya, hampir mustahil untuk tidak melihatnya (sebagai telinga),” kata NASA. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI