fbpx

Romantiknya, Yasmin, Alif Hadi, netizen tumpang bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN bahagia Yasmin dan Alif mengundang komen-komen positif daripada netizen.

UMUM tahu tentang kisah cinta antara Yasmin Hani dengan pelakon sedang meningkat naik Alif Hadi.

Nampaknya mereka pun tidak lagi berselindung dan terbuka berkongsi tentang hubungan yang terjalin sejak tahun lalu.

Memang bahagia sungguh pasangan bercinta itu sekarang. Paling ketara kebahagiaan mereka ialah menerusi satu video TikTok yang dimuat naik Yasmin baru-baru ini.

Tak lekang ayat ‘I love you’ daripada mulut Alif. Bersemut habis skrin telefon Mizz Lahar.

Gembira dengan perkara tersebut, ramai yang mendoakan agar pasangan itu cepat-cepat naik pelamin.

“Terasa sampai ke sini bahagianya. Bahagia untuk awak Yasmin,” komen netizen.

“Perempuan akan jadi wanita terbahagia apabila bersama lelaki yang tepat,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

Bak kata orang tua, benda yang baik jangan ditangguh. Kalau sudah bersedia kelak, langsungkan saja hari bahagianya nanti.

MIZZ LAHAR: Ramai geram dengan seorang selebriti wanita, semakin berlagak terlajak laku dan sukar untuk dihubungi ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI