fbpx

Peluang kerja graduan tidak hanya bergantung kepada sekolah, universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Masrizal Muhammad (dua kanan) melawat gerai pameran ketika merasmikan Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan Universiti UUM di Sintok hari ini.- Foto SHAHIR NOORDIN

SINTOK – Isu melibatkan peluang pekerjaan bagi graduan tidak seharusnya disandarkan kepada pihak sekolah atau universiti semata-mata kerana perkara itu turut bergantung kepada beberapa faktor lain.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad berkata, antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk ruang pekerjaan yang mampu disediakan sektor berkaitan seperti ekonomi, perkilangan dan perindustrian.

Katanya, perkara itu penting dalam memastikan kalangan graduan mendapat peluang pekerjaan bersesuaian dengan mereka.

“Dalam hal ini, saya menyeru semua pihak supaya berusaha pastikan negara ini cepat-cepat keluar sepenuhnya daripada gelembung inflasi agar dapat menyediakan lebih banyak ruang pekerjaan.

“Perkara sebegitu yang akan menentukan sama ada siswazah kita mendapat kerja atau tidak. Tentang kemampuan universiti dalam melahirkan siswazah berkualiti pula, kita yakin dengan keupayaan mereka hasil kehebatan pensyarah-pensyarah yang ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI