fbpx

Skandal LCS: Yang Dipertua Dewan Negara setuju usul dibahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim telah bersetuju dengan cadangan supaya isu berhubung Kapal Tempur Pesisir (LCS) dibahaskan di Dewan Negara sebelum persidangan tamat, Selasa depan.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Senator Muhammad Zahid Md. Arip pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, sesi perbahasan itu nanti akan menjadi pentas terbaik untuk kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan melalui Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tampil menjawab segala persoalan berhubung skandal LCS.

“Pada khidmat saya, isu ini merentasi sempadan politik. Skandal LCS bukan sahaja isu kepartian lagi, tetapi berhubung kait dengan soal wang rakyat dan juga perihal keselamatan, maruah serta pertahanan negara,” katanya.

Terdahulu, Senator Lim Hui Ying, Senator Fadhlina Sidek dan Datuk A. Kesavadas Nair semalam mencadangkan supaya isu berhubung LCS dibahaskan di Dewan Negara sebelum persidangan tamat dengan memberikan surat pemberitahuan usul mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (1). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI