fbpx

Bapa dijel 24 tahun bunuh anak mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANKARA – Seorang pekerja kedai kebab dijatuhi hukuman penjara 24 tahun kerana membunuh dan mengerat-nge­rat mayat anak perempuannya menggunakan pisau pemotong daging pada Januari tahun lalu, lapor akhbar The Sun UK.

Tertuduh, Hasan Uslu didakwa mencekik Didem Uslu, 32, hingga mati di daerah Kesan, barat laut Turki kerana mendapati mangsa pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Hasan mendakwa kejadian itu adalah kesalahan anak pe­rempuannya kerana lewat pulang dalam keadaan mabuk dan menghina ibu sendiri.

Ibu dan anak itu turut bertikam lidah pada hari kejadian. Hasan menyatakan dia meminta mangsa untuk menunjukkan rasa hormat kepada ibu sendiri, sebaliknya mangsa berlawan balik lalu menyebabkan tertuduh hilang sabar lalu membunuhnya.

Tertuduh menghadiri perbi­caraan melalui penstriman vi­deo. Isterinya, Sati turut didakwa kerana gagal melaporkan jenayah itu. Bagaimanapun Sati dikatakan tidak hadir semasa sesi perbicaraan.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati tertuduh melakukan pembunuhan dengan niat dan dihukum penjara selama 24 tahun.

Sati kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan berkait pembunuhan Didem.

Dia mendakwa berasa tidak sihat selepas bertengkar de­ngan mangsa lalu kembali ke bilik sendiri sebelum pengsan.

Pada Januari tahun lalu, seorang pejalan kaki menemui le­ngan manusia dibalut surat khabar dan memaklumkannya kepada pihak berkuasa. Polis melakukan ujian cap jari dan mendapati anggota badan itu milik Didem. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI