fbpx

Penagih ‘lalok’ selamba hisap dadah dalam tandas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan seorang penagih dadah sedang khayal dalam tandas pondok polis. - Thaiger

BANGKOK – Gara-gara ‘lalok’, seorang penagih dadah di Thailand berani mengambil bahan terlarang itu dalam tandas di sebuah pondok polis, lapor laman berita Thaiger, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di daerah Tung Kru, Bangkok, seorang sukarelawan khidmat masyarakat merakam perbuatan penagih dadah tersebut yang tidak berasa malu untuk khayal di premis polis.

“Adakah anda cuba mencabar kuasa polis dengan melakukan perbuatan seperti ini?

“Polis sudah berulang kali menahan dan membebaskan penagih ini namun tiada jalan penyelesaian lain. Siapa yang tahu apa perlu dibuat untuk individu seperti ini?” demikian menurut keterangan video.

Penguasa Balai Polis Tung Kru, Ananchai Kamonrat berkata, pondok itu milik Balai Polis Tung Kru serta menambah, tandas tersebut akan ditutup kepada orang ramai mulai sekarang bagi mengelak sebarang senario serupa pada masa hadapan.

Penagih dadah itu dilaporkan seorang gelandangan yang digelar ‘Sniper’ oleh penduduk setempat. 

Tiada laporan yang menyatakan sama ada penagih dadah itu ditahan atau ditawarkan sebarang bantuan rawatan dadah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI