fbpx

EPL: Conor Coady mahu berikan segala-galanya di Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COADY menyertai Everton secara pinjaman untuk tempoh semusim selepas formasi Lage menyebabkan dia tersisih. – AFP

LIVERPOOL – Pemain pertahanan England, Conor Coady melengkapkan perpindahannya dari Wolverhampton Wanderers dengan menyertai Everton secara pinjaman dan melaungkan amaran bersedia untuk memberikan segalanya di Goodison Park.

Pemain berusia 29 tahun itu bakal menyarung jersi bernombor 30 dan menjadi pemain keempat ditandatangani oleh Frank Lampard selepas The Toffees berjaya mendapatkan James Tarkowski, Ruben Vinagre dan Dwight McNeil sebelum ini.

Coady yang dilahirkan di Merseyside memulakan karier­nya bersama Liverpool, namun hanya membuat satu penampilan sahaja pada 2014 sebelum berhijrah ke Huddersfield setahun kemudian sebelum dibeli oleh Wolves dengan nilai £2 juta (RM10.76) pada 2015.

Bagaimanapun, perubahan taktikal oleh Bruno Lage yang kembali mahu menggunakan khid­mat empat pemain pertahanan menyebabkan Coady tersisih pada aksi pembukaan musim menentang Leeds United sekali gus dibenarkan meninggalkan Molineux.

Everton yang terdesak untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan selepas dua pemain mereka, Ben Godfrey mengalami patah kaki, manakala Yerry Mina pula berdepan masalah kecede­raan buku lali.

“Ia perasaan yang sangat hebat dapat menyertai Everton. Saya sangat teruja untuk mene­rima tawaran ini selepas mende­ngarnya daripada pengurus. Saya menyertai Everton kerana saya lahir di sini.

“Saya memahami mengenai betapa bermaknanya Everton buat para peminat dan saya adalah salah seorang yang sangat terdesak untuk bersama pasukan ini. Saya akan berikan segala-galanya dan bekerja keras untuk kelab ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI