fbpx

MotoGP: Marc Marquez terpaksa turun bantu ‘pulihkan’ jentera Repsol Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ akan turun membantu Honda dalam meningkakan prestasi jentera ­pada GP Austria nanti. – AFP

MADRID – Pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dilaporkan akan kembali berada di paddock pada Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring minggu depan bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan pasukan.

Juara enam kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu sudah tidak beraksi lebih dua bulan selepas menjalani pembedahan bahu kanannya buat kali keempat Jun lalu kerana masih bergelut dengan kece­deraan patah tangan dua tahun lalu.

Marquez berkata, Honda berada dalam situasi cukup gen­ting ketika ini dan dia berpendapat, amat penting baginya untuk mengetahui perkemba­ngan pasukan selain memahami prestasi jentera 2022.

“Honda berada dalam kea­daan kritikal sekarang ini. Saya sentiasa berhubung dan bercakap dengan pasukan bagi memahami jentera 2022 serta situa­si yang dihadapi oleh pasukan pada ketika ini.

“Sebab itu saya akan ke Austria dan berbincang dengan semua orang dalam pasukan demi masa depan kami semua. Kami sentiasa bekerjasama tidak kira dalam apa keadaan sekali pun kerana kami menang dan kalah bersama,” katanya.

Pelumba Sepanyol itu juga turut memberikan perkemba­ngan terkini berhubung ke­­a­daan fizikalnya selepas lama berehat selain menjalani proses pemulihan dalam usahanya kembali dengan lebih yakin.

“Saya dapat rasakan keadaan semakin baik sekarang kerana ke­a­daan tulang saya sudah sembuh. Bagaimanapun, saya masih berada dalam proses pemulihan dan sentiasa bekerja keras bagi memastikan saya bersedia sepenuhnya,” ujar Marquez.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI