fbpx

100 pelajar sertai program Atlet Cemerlang UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Amin (lima dari kiri) menyerahkan bendera kepada wakil kontinjen UPSI di Stadium UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah pada Isnin lalu.

IPOH – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkenalkan program Atlet Cemerlang dengan memilih 100 pelajar cemerlang sukan secara laluan khas ambilan diploma mulai semester satu sesi 2022/2023.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, program itu menyediakan platform kecemerlangan sukan dan akademik kepada atlet bagi membantu memacu kecemerlangan sukan negara.

“UPSI memperkenalkan struktur kemasukan khas kepada atlet cemerlang dengan syarat minimum dan jadual pembelajaran yang fleksibel bagi memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kecemerlangan sukan dan akademik,” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bendera kontinjen UPSI kepada atlet yang akan mengambil bahagian sempena Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 yang akan berlangsung pada 12 hingga 21 Ogos ini hari ini.

Md. Amin berkata, UPSI menjadi universiti awam pertama menyediakan Program Laluan Khas Atlet secara menyeluruh meliputi bidang sukan dan akademik yang berstruktur sebagai menyahut seruan kerajaan untuk memajukan mutu sukan negara.

Jadual atlet itu, katanya, disusun khas bagi membolehkan sesi latihan dilaksanakan di waktu pagi dan petang, disokong dengan amalan sains sukan terkini dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI.

Selain itu, ujarnya, satu unit khas pembelajaran ditubuhkan bagi memberikan sokongan akademik yang sistematik kepada atlet terpilih tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI