fbpx

45 peratus pengguna bas percuma KL adalah warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dianggarkan 45.2 peratus pengguna perkhidmatan bas percuma sekitar ibu kota yang dikendalikan oleh GoKL City Bus itu adalah daripada golongan warga asing.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pihaknya bercadang untuk meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan bayaran terhadap warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas percuma tersebut.

“Mereka menggunakan perkhidmatan ini secara percuma. Kalau kita kutip RM1 setiap penggunaan oleh warga asing, kita boleh kutip RM9.2 juta bagi setiap bulan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya yang ingin tahu jumlah warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas percuma GoKL dan adakah kerajaan merancang mengenakan caj kepada golongan tersebut pada masa hadapan.

Menjawab kepada soalan tambahan Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai tentang punca rakyat tempatan tidak menggunakan pengangkutan awam di ibu kota, Jalaluddin menjelaskan antara sebab utama adalah ketersambungan jajaran batuan awal dan akhir masih belum memuaskan.

“Pengguna jalan raya mendakwa tempoh masa menggunakan kenderaan sendiri adalah lebih singkat berbanding pengangkutan awam.

“Batuan awal antara kediaman pergi ke tempat bermula pengangkutan awam dan ke hentian akhir stesen pengangkutan awam ke pejabat, ini yang kita kena naik taraf dan dimasukkan dalam pelan jangka panjang DBKL,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI