fbpx

Pengamal pergigian haram dalam perhatian KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memandang serius setiap aduan dibuat orang ramai menerusi Program Kesihatan Pergigian khususnya melibatkan pengamal pergigian haram.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM sedar kegiatan pengamal pergigian haram itu turut meliputi pihak memberi khidmat latihan hingga boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk dan mengancam kesihatan masyarakat.

Dr. Noor Hisham.

“Menanganinya adalah tanggungjawab bersama dalam mengekang aktiviti pergigian haram iaitu sama ada yang memberi rawatan mahupun menerimanya termasuklah pihak yang menawarkan khidmat latihan tidak diiktiraf.

“Jadi, pihak yang mempunyai maklumat boleh membuat aduan untuk tindakan penguatkuasaan melalui peruntukan kuasa di bawah Bahagian VI Akta Pergigian 2018 (Akta 804),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, bagi tindakan penguatkuasaan, risikan dan siasatan perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan elemen kesalahan dapat dibuktikan tanpa dilakukan dengan tergesa-gesa.

“Semua aduan boleh dibuat kepada Program Kesihatan Pergigian KKM, Aras 5, Blok E10, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya atau menghubungi di talian 03-88834215 atau emel, [email protected],” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI