fbpx

Pemerasan video bogel, majistret nasihat tertuduh lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika hadir di Mahkamah Majistret Rembau.

REMBAU – Majistret hari ini menasihatkan seorang tukang besi supaya membuat laporan polis setelah menjadi mangsa scammer, bukannya membenarkan penjenayah menggunakan akaun bank untuk tujuan salah.

Majistret Kartini Kasran memberikan nasihat itu setelah mendengar rayuan tertuduh, Foo Seng An, 32, dalam kes membabitkan kebenaran penggunaan akaun peribadi bagi kegunaan sindiket pemerasan video bogel.

“Kalau kamu (tertuduh) adalah mangsa, tanggungjawab kamu melaporkan kepada polis. Kamu sepatutnya menjadi pengadu. Apabila membenarkan pihak scammer menggunakan akaun, (tindakan) bukan halang tapi bagi galakan.

“Kesalahan ini tidak sepatutnya kamu lakukan,” nasihat Kartini pada prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng dalam hujahannya memberitahu, kes itu melibatkan sindiket yang menyasarkan mangsa golongan lelaki.

“Apabila gambar dan video lucah dirakam, mangsa akan diperas ugut untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank.

“Hasil siasatan polis mendapati tertuduh sebenarnya mangsa sindiket yang diperas ugut dan diberikan pilihan sama ada memberi duit atau membenarkan akaun bank mereka digunakan scammer.

Seng An mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan gagal memberi penjelasan berhubung wang RM1,500 di dalam akaunnya pada 10 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau penjara empat bulan jika bayar.

Mengikut fakta kes, pada pukul 9 pagi, 10 Julai lalu, semasa mangsa berada di Tampin menerima WhatsApp daripada satu nombor tidak dikenali yang meminta wang RM1,500 atau videonya akan disebarkan sekiranya tidak membuat bayaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI