fbpx

Tanam pokok atasi kesan perubahan iklim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESERTA program tidak melepaskan peluang untuk menanam pokok.

PERUBAHAN iklim yang melanda dunia kini ternyata menjadi satu isu yang mendapat perhatian banyak pihak.

Salah satu punca kepada masalah ini adalah disebabkan penerokaan hutan untuk tujuan pembangunan, sekali gus menyebabkan banyak pokok ditebang.

Pokok berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya mengurangkan kesan gas rumah hijau di atmosfera yang dapat mengurangkan kesan perubahan iklim.

Dalam usaha membantu pihak berwajib menangani kesan perubahan iklim terutamanya di negara ini, Sun Life Malaysia melaksanakan program menanam 350 pokok landskap dan pokok buah-buahan nadir di Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang, Selangor.

Seramai 70 pekerja syarikat itu turut terlibat dalam program berkenaan yang diadakan baru-baru ini.

Program penanaman pokok adalah satu permulaan rasmi untuk inisiatif jangka panjang syarikat tersebut, bertujuan untuk mempromosikan persekitaran yang lebih hijau dan mampan.

SEBANYAK 350 pokok landskap dan pokok buah-buahan nadir ditanam di Taman Rekreasi Sungai Chua,
Kajang, Selangor.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia, Ho Teck Seng berkata, perubahan iklim adalah satu isu global yang kritikal pada masa ini.

Menurutnya, komuniti di seluruh dunia pada masa sekarang telah menggandakan inisiatif pemuliharaan alam sekitar bagi mengurangkan risiko perubahan iklim.

“Sebagai jenama yang memperjuangkan kemampanan, kami menyokong agenda nasional untuk menggalakkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam semula jadi.

“Tujuan kami selain membantu pelanggan mencapai keselamatan kewangan dalam kehidupan, juga mahu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Ia tidak boleh dicapai tanpa usaha bersepadu dalam menyokong mengurangkan kesan karbon pada masa akan datang,” katanya.

Program penanaman pokok itu turut mendapat kerjasama Yayasan Hijau Malaysia dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Selain itu, inisiatif penanaman pokok tersebut juga menyokong program Penghijauan Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan, menyasarkan untuk menanam 100 juta pokok menjelang 2025.

Dalam pada itu, Teck Seng berkata, hutan adalah paru-paru hijau untuk Bumi dan ia penting untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.

“Kami gembira dapat menjalinkan kerjasama ini dalam mewujudkan lebih banyak ruang hijau yang akan menyediakan persekitaran ideal untuk komuniti setempat.

“Ini membolehkan mereka menjalani gaya hidup aktif dan menyumbang kepada kesihatan minda dan tubuh bagi jangka masa panjang,” jelasnya.

Sementara itu, pada bulan ini juga, Sun Life Malaysia akan melaksanakan program sama dengan menanam 150 pokok bakau.

Program itu dibuat bagi mengisi semula kawasan pesisir pantai di Hutan dan Taman Rekreasi Bakau Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.

PADA bulan ini, pokok bakau akan ditanam di Taman Rekreasi Bakau Sijangkang,Telok
Panglima Garang, Selangor.

Penanaman pokok bakau itu berfungsi sebagai pertahanan pantai secara semula jadi.

Ia menjadi penghalang daripada gelombang ribut dan banjir yang mana akarnya memerangkap sedimen sungai serta tanah bagi memperlahankan hakisan.

Di samping itu, melalui penyelidikan sebelum ini menunjukkan, hutan bakau mengatasi hutan lain dalam keupayaan menyimpan karbon.

Hal ini kerana, apabila pokok, akar dan dahannya mati, ia biasanya dilitupi oleh tanah.

Ini memperlahankan pecahan bahan sambil meningkatkan penyimpanan karbon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI