fbpx

Liga Super: Aksi JDT-TFC umpama final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT waspada dengan ancaman pasukan TFC untuk aksi Liga Super malam esok. - Foto ihsan Johor Southern Tigers.

JOHOR BAHRU – Pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC malam esok umpama bayangan aksi final Piala FA tahun ini.

Tonggak pertahanan JDT, Shane Lowry percaya perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak itu akan menjanjikan aksi sengit dan Harimau Selatan berdepan tugas sukar untuk mengutip tiga mata.

Tambahnya, skuad Sang Penyu yang dibarisi pemain berbakat besar itu dilihat mampu menjejaskan rental kemenangan pasukan bagi misi mengukuhkan kedudukan di persada liga.

Bekas pemain Al Ahli FC yang mengemudi benteng pertahanan JDT itu bertekad untuk menutup ruang buat pasukan lawan daripada mencipta peluang dan melancarkan serangan bagi merobek gawang.

“Kami perlu bersedia menghadapi ancaman pemain import mereka, Tcheche (Kipre) dan Petrus (Shitembi) walaupun tidak pasti mereka akan diturunkan setelah dihimpit kecederaan ketika aksi separuh akhir Piala FA baru-baru ini.

“Kami juga harus berwaspada dengan kelicikan pemain sayap TFC iaitu Faisal Halim dan Faiz Nasir yang lincah membuat larian mengelirukan selain bijak menyusup masuk ke dalam kotak penalti. Kami tidak boleh leka selain sentiasa berwaspada daripada lakukan kesilapan,” katanya.

Katanya, skuad bimbingan Nafuzi Zain itu turut memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri selain strategi menyerang mengasak benteng pertahanan lawan secara bertubi-tubi.

Bagaimanapun katanya, pengendali JDT, Hector Bidoglio mempunyai muslihat dan rahsia tersendiri untuk berhadapan dengan pasukan lawan esok.

Lowry juga optimis kesebelasan utama yang akan diturunkan mampu menterjemahkan strategi ampuh ketua jurulatih itu dalam usaha mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 13 perlawanan setakat ini.

“Saya percaya ketua jurulatih (Bidoglio) tahu akan kemampuan pasukan lawan dan apa pendekatan yang perlu diambil. Momentum kemenangan yang diraih sebelum ini turut menjadi kekuatan buat pemain untuk terus melakar kejayaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI