fbpx

Malaysia ada tonik lawan Gajah Perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE (kiri) berharap Sumareh dan pemain negara yang lain menimba pengalaman beraksi pada saingan Liga Thailand dan berkongsi ilmu apabila dipanggil bersama skuad kebangsaan nanti.

SKUAD Harimau Malaya akan mendapat tonik terbaik apabila mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 serta Piala AFF Suzuki 2020 tahun depan dengan perpindahan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh ke Liga Thailand, Police Tero FC.

Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe percaya penghij­rahan bekas pemain sayap pasukan Pahang itu boleh dianggap sebagai kelebihan buat pasukannya yang akan bertemu Thailand pada kedua-dua kejohanan itu nanti.

“Perpindahan Sumareh ke Police Tero FC adalah perkembangan positif buat bola sepak negara kerana kita tahu kualiti yang dimiliki dalam saingan Liga Thailand adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara.

“Ia bukan sahaja bagus untuk perkembangan karier Sumareh tetapi dapat memberi kelebihan buat skuad Harimau Malaya memandangkan dia akan berdepan pemain kebangsaan Thailand sepanjang aksi liga di sana nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Sebagai rekod, pemain kelahiran Gambia berusia 26 tahun itu menyertai pertahanan muda skuad negara, Dominic Tan dalam pasukan Police Tero FC serta penyerang veteran, Norshahrul Idlan Talaha yang mewakili Bangkok Glass dalam kancah Liga Thailand musim ini.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe mengakui pihaknya memerlukan informasi tambahan daripada ketiga-tiga pemain itu mengenai skuad Gajah Perang jika dipilih mewakili skuad kebangsaan pada masa akan datang.

“Kehadiran Sumareh, Dominic dan Norshahrul ke Thailand sedikit sebanyak boleh berkongsi rahsia kekuatan pasukan lawan apabila bertemu Malaysia pada aksi kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 di Bangkok tahun depan,” katanya.

Sumareh yang sebelum ini mencetuskan kontroversi de­ngan membatalkan kontraknya bersama pasukan Pahang sudah berada di Thailand sejak kelmarin dan difahamkan menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu.

Skuad Harimau Malaya yang menduduki tangga kedua Kumpulan G saingan kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 dijadualkan bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand.

Sementara itu, kejohanan Piala AFF 2020 yang turut ditunda akibat pandemik Covid-19 dijadualkan berlangsung semula dari 11 April hingga 8 Mei tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI