fbpx

Jokowi rasmi pelabuhan terbesar di Kalimantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi merasmikan Terminal Kijing Pelabuhan Pontianak di Mempawah, semalam. – YouTube SetPres

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) merasmikan fasiliti baharu di wilayah Kalimantan Barat iaitu  Terminal Kijing Pelabuhan Pontianak, lapor stesen penyiaran CNBC Indonesia semalam.

Pelabuhan itu adalah yang terbesar Kalimantan.

“Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, saya merasmikan Terminal Kijing Pelabuhan Pontianak, kabupaten Mempawah, wilayah Kalimantan Barat,” kata Jokowi ketika merasmikan kemudahan tersebut.

Terminal Kijing merupakan pengganti kepada Pelabuhan Dwikora yang dilaporkan telah mencapai kapasiti maksimum serta sukar untuk diperluaskan kerana kepadatan kemudahan di sekitarnya.

Bagi tahap awal, Terminal Kijing memiliki kapasiti untuk memuatkan satu juta kontena dan 16 juta bukan kontena yang mengandungi bahan cecair dan bahan kering.

“Pelabuhan ini akan meningkatkan daya saing produk unggul yang dikeluarkan wilayah Kalimantan Barat kerana di sini, ia memiliki potensi besar bagi komoditi seperti minyak sawit, aluminium, bauksit dan produk-produk lain,” kata Jokowi.

Projek pembangunan yang  bermula pada 2016 itu melibatkan pelaburan berjumlah 2.9 trilion rupiah (RM869.4 juta).

Tambah Jokowi, Terminal Kijing diharap dapat meningkatkan daya saing dan memperbaiki keterhubungan antara wilayah yang selama ini belum ada perubahan signifikan.

Sementara itu, Jokowi berkata, sehingga kini, pelabuhan tersebut belum memiliki nama rasmi justeru, pemerintah membuka peluang kepada orang ramai untuk mengusulkan cadangan nama bagi kemudahan itu.

“Jika mahu mengubah atau memberi nama lain kepada pelabuhan ini, sila ajukan kepada pemerintah pusat. Bagi saya, semua aspirasi yang kita ada akan sedaya upaya kita penuhi,” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI