fbpx

UsahaWIRA dedahkan kejayaan digitalisasi PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruang pameran Maxis Business dan rakan kongsi lain bakal meningkatkan pengetahuan PKS tentang digitalisasi.

PETALING JAYA – Maxis Business telah melancarkan jelajah UsahaWIRA pertama di seluruh negara dengan sesi rangkaian dan kisah bersiri yang baharu untuk menghubungkan lebih banyak perniagaan serta pengusaha.

Ketua Segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ­Maxis, Kevin Lee berkata, jelajah itu bertujuan untuk mendidik kumpulan tersebut mengguna pakai dan melaksanakan digitalisasi dengan jayanya sebagai persediaan untuk berdepan pelbagai cabaran serta perkembangan masa hadapan.

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada program UsahaWIRA yang telah dilancarkan pada tahun 2021, untuk memanfaatkan Geran Digitalisasi SME oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

“Perniagaan perlu memahami kepentingan digitalisasi kerana ia tidak melibatkan kos yang banyak dan mereka juga tidak akan ke­tinggalan.

“Program ini adalah peluang terbaik untuk PKS mendapat inspirasi dan mengambil pengajaran daripada rakan usahawan mereka.

“Kami telah membantu lebih daripada 25,000 PKS melalui Geran Digitalisasi SME dan berharap dapat menggalakkan pe­nyertaan lebih ramai supaya kami boleh membimbing mereka bagi setiap langkah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Lee menerangkan, jelajah pertama program tersebut telah berlangsung pada 3 Ogos lalu di Connexion Conference & Event Centre, Kuala Lumpur.

Program terbaharu akan dianjurkan di Renaissance Hotel, Johor Bahru (10 Ogos), Eastin Hotel, Pulau Pinang (17 Ogos) dan Elite Design Hotel, Kota Bahru (20 Ogos) serta Imperial Hotel, Ku­ching 24 Ogos ini.

Tambah beliau, melalui program jelajah UsahaWIRA itu, para pengunjung boleh me­ningkatkan pengetahuan mereka tentang pemasaran digital, jualan elektronik dan pelbagai lagi pada pameran anjuran Maxis Business serta rakan kongsinya seperti AmBank, BSN, MDEC serta Persatuan Rantaian Runcit Malaysia.

“Pengunjung juga boleh mendapatkan konsultasi percuma berkaitan Geran Digitalisasi SME yang bernilai RM5,000.

“Mereka boleh mendapat ­inspirasi melalui sesi meja bulat dengan pemilik perniagaan yang akan bercerita tentang perjalanan digitalisasi perniagaan mereka, mendapat akses kepada tawaran perniagaan yang eksklusif serta bakal memenangi peranti dan hadiah cabutan bertuah yang menarik,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI