fbpx

Wanita tembak mati kekasih di hadapan sami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THARINYA menembak teman lelakinya di hadapan seorang sami. - Thaiger

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand mengaku bersalah menembak dan membunuh teman lelakinya di hadapan seorang sami kerana tidak tahan menjadi mangsa penderaan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Tharinya, 40, menembak teman lelakinya, Supornchai, juga 40, beberapa kali di bahagian dada dan perut ketika mangsa sedang menawarkan makanan kepada seorang sami di hadapan kedainya di Pasar Si Moom Mueng, wilayah Pathum Thani, dekat Bangkok.

Polis dipanggil ke lokasi kejadian dan menahan wanita itu. Polis turut merampas sepucuk pistol beserta peluru yang digunakannya. Mangsa mempunyai dua kesan tembakan di perut dan dua lagi di dadanya.

Tharinya memberitahu polis bahawa dia dan teman lelakinya telah menjalinkan hubungan selama empat tahun tetapi belum berkahwin dan tidak mempunyai anak. 

Dia mengaku menembak teman lelakinya kerana tidak tahan sering didera dan dibuli. Lelaki itu bahkan mengugutnya pada hari dia ditembak.

Tharinya mengaku dia ingin membunuh diri menggunakan pistol yang sama tetapi seorang wanita Laos berusia 27 tahun yang bekerja di kedai itu merampas senjata tersebut daripada tangannya sebelum dia sempat berbuat sedemikian.

Wanita Laos itu mendedahkan bahawa Supornchai ditembak di hadapan seorang sami ketika sedang menawarkan makanan kepadanya.

Polis belum mendakwa Tharinya tetapi mengikut Seksyen 288 Akta Kesalahan Menyebabkan Kematian, sesiapa yang membunuh orang lain akan dihukum mati atau dipenjarakan selama 15 hingga 20 tahun.

Tharinya juga mungkin menghadapi pertuduhan tambahan Seksyen 289 Akta Kesalahan Menyebabkan Kematian, yang membawa hukuman mati kerana dia merancang pembunuhan itu sebelum melakukannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI