fbpx

Beruang kutub cuba makan pelancong dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa Norway membunuh seekor beruang kutub yang menyerang seorang pelancong Perancis. - Getty Images/iStockphoto

OSLO – Seorang wanita Perancis terselamat daripada serangan seekor beruang kutub ketika melancong di sebuah pulau terpencil di kepulauan milik Norway, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Wanita itu adalah sebahagian daripada kumpulan 25 pelancong yang berkhemah di Sveasletta, tengah Svalbard. 

Ketua polis tempatan, superintendan Stein Olav Bredli berkata, mangsa telah diterbangkan menaiki helikopter ke sebuah hospital di Longyearbyen.

Kecederaannya tidak mengancam nyawa, manakala pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang butiran lanjut.

“Wanita Perancis itu mengalami kecederaan pada lengan.

“Tembakan telah dilepaskan ke arah beruang kutub itu yang melarikan diri dari kawasan tersebut,” kata Bredli.

Menurut beliau, beruang kutub itu cedera dan anggota polis yang berada di tapak itu sedang mempertimbangkan apa yang perlu dilakukan dengannya.

Akan tetapi, beruang kutub itu kemudiannya dilaporkan telah dibunuh. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI