fbpx

Bapa bakar rumah sendiri, tidak tahan kediaman bersepah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wharrier mengurung dirinya dalam rumah itu selepas anak lelaki dan anak saudaranya melarikan diri. - SWNS/Getty

LONDON – Seorang lelaki di Britain membakar rumah sendiri ketika anak lelaki dan anak saudaranya masih berada di tingkat atas kediaman mereka, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Allan Wharrier, 53, bertindak demikian selepas mengadu keadaan rumah yang bersepah.

Wharrier yang berasal dari bandar Leeds, tinggal di sebuah rumah berkembar di Guiseley, West Yorkshire bersama seorang anak lelaki dan anak saudaranya yang sudah dewasa.

Pada 20 Julai tahun lalu, dia menelefon isterinya yang berada di Filipina dan mengadu tentang keadaan rumah yang bersepah.

Wharrier ketika itu mengalami osteoporosis (penyakit tulang rapuh) dan meneguk hampir sebotol wain. Ketika kejadian, anak lelakinya berkata, emosi bapanya tidak baik. 

“Anda tidak mengambil berat tentang saya. Apa yang kalian lakukan adalah hanya duduk di dalam bilik,” anak saudara Wharrier mendengar dia berkata.

Pada petang hari yang sama, Wharrier menghantar mesej kepada anak perempuannya dan memberikan kata laluan akaun banknya selain memberitahu dia akan ‘menamatkan semuanya’. Wharrier kemudian membakar rumah itu.

Anak lelakinya berusaha memadamkan api yang merebak, manakala asap memenuhi rumah itu.

Apabila Polis West Yorkshire tiba di lokasi kejadian, mereka melihat kebakaran di ruang tamu dan mendapati Wharrier telah memulakan kebakaran lain dengan membakar kotak.

Setelah api berjaya dipadamkan, Wharrier dibawa ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan akibat menyedut asap.

Wharrier kemudian ditahan di Mahkamah Leeds Crown sebelum dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan diperintahkan membayar denda sebanyak £190 (RM1,022). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI