fbpx

MotoGP: Aleix Espargaro berkorban demi cabar kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESPARGARO berjaya menamatkan saingan GP British di kedudukan kesembilan biarpun berlumba dalam keadaan tumit kaki kanannya yang patah. – AFP

LONDON – Pencabar kejuaraan MotoGP, Aleix Espargaro beraksi di Grand Prix (GP) Britain pada Ahad lalu dalam keadaan menanggung kesakitan apabila disahkan mengalami kecederaan patah tumit kaki kanannya.

Meskipun beraksi dalam kea­daan sakit, pelumba Aprilia Racing tersebut berjaya menamatkan saingan di tempat ke­sembilan dan hanya dipisahkan 22 mata di belakang juara dunia musim lalu, Fabio Quartararo (Yamaha).

Espargaro mengalami kece­deraan tersebut selepas terjatuh pada sesi latihan bebas terakhir, namun dibenarkan untuk bersaing.

“Kecederaan yang menimpa Espargaro tidak perlukan rawatan pembedahan, tetapi dia hanya perlu berehat untuk tempoh tujuh hari dalam memastikan kakinya kembali baik. Espargaro disarankan untuk menggunakan tongkat buat sementara waktu.

“Pasukan berharap Espargaro dalam keadaan baik untuk memastikan dia mampu bersaing pada perlumbaan hujung minggu ini nanti,” kata pasukan tersebut.

Pada saingan tersebut, pelumba utama pasukan Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia me­ngotakan janji apabila berjaya menjulang kemenangan di GP Britain di Litar Silverstone.

Kemenangan tersebut memastikan Bagnaia terus mengejar kedudukan, Quartararo yang juga pelumba Monster Energy Yamaha apabila hanya dipisahkan 49 mata selepas pelumba Perancis itu sekadar menamatkan saingan di tempat kelapan ekoran berdepan masalah tayar.

Rakan sepasukan Espargaro, Maverick Vinales berjaya menamatkan perlumbaan tempat kedua dan Jack Miller (Ducati) memastikan podium tempat ketiga menjadi miliknya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI