fbpx

Pemandu Alphard guna siren elak kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pemandu Alphard membunyikan siren serta memasang lampu strob berwarna biru bagi mengelak kesesakan jalan raya.

PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman memaparkan tindakan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard membunyikan siren bagi mendapatkan laluan ketika sedang berlaku kesesakan di jalan raya.

Video tersebut dikongsikan oleh portal Malaysia Most Viral di Twitter pagi tadi dan lokasi kejadian masih tidak dapat dipastikan.

Apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah tindakan pemandu tersebut telah menyusahkan pengguna jalan raya lain dan menjadi persoalan juga apabila kenderaan terbabit turut memasang lampu strob berwarna biru secara berterusan ketika ingin mendapatkan laluan.

Selain itu, menjadi tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial, sekiranya kenderaan terbabit milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), tidak kelihatan sebarang logo atau tanda bagi mengesahkan perkara itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendakwa ia adalah kenderaan milik orang kenamaan (VIP) kerana golongan tersebut sering menunjukkan ‘lagak’ ketika berada di jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI