fbpx

Elak nama ‘ayam goreng’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANUSI memaklumkan Kedah sudah melengkapkan proses penswastaan pasukan tersebut yang dikenali sebagai Darul Aman FC.

Kedah pilih guna nama Darul Aman FC pada musim depan

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

PASUKAN bola sepak Kedah akan menggunakan nama Darul Aman FC (DFC) pada musim depan setelah berjaya melengkap­kan proses pen­swastaan kelab baru-baru ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, penggunaan nama itu sekali gus dapat mengelakkan daripada penggunaan akronim KFC yang cukup sinonim dengan jenama restoran makanan segera terkenal.

“Jika letak nama Kedah Football Club, akan jadi KFC. Mahu elak jadi ‘ayam goreng’, maka kita namakan Darul Aman Football Club.

“Logo pasukan juga berubah dan tiada lagi lambang helang mahupun lain-lain haiwan. Justeru, pasukan ini tidak lagi dikenali sebagai Helang Merah musim depan,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Alor Setar semalam.

Pada sidang akhbar itu, beliau turut menunjukkan logo yang dipilihnya sendiri dan telah didaftarkan untuk menjadi identiti pasukan berkenaan.

Logo berbentuk perisai itu mempunyai beberapa warna antaranya merah, kuning dan hijau serta turut memaparkan lima bintang, sebiji bola dan bunga padi yang menjadi ikon negeri.

Mengulas lanjut katanya, penggunaan nama Helang Merah yang sudah sinonim dengan Kedah tidak sepatutnya menjadi isu kerana terdapat nama lain yang turut boleh digunakan untuk menggambarkan pasukan itu.

“Kita gunakan nama Hijau Kuning pun bagus. Lagipun lagu kita ada penekanan terhadap Hijau Kuning, cukup sedap dide­ngar.

“Penswastaan ini cuma formaliti kerana pada dasarnya kita masih menggunakan warna dan lagu yang sama serta masih boleh bersorak ‘hijau kuning’,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI