Olivia Newton John meninggal dunia akibat kanser
CALIFORNIA – Pelakon dan penyanyi terkenal Hollywood di era 70-an, Olivia Newton John meninggal dunia pada usia 73 tahun dipercayai akibat kanser lapor portal berita antarabangsa CNN.
Olivia yang terkenal dengan filem blokbuster Grease itu menghembuskan nafas terakhir di California.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh suaminya, John Eastering, ketika Olivia menghembuskan nafas terakhir, semua keluarga dan rakan terdekat bersama mendiang.
‘Olivia adalah simbol kekuatan, selama lebih 30 tahun dia berjuang kanser payudara, jelas kenyataan suami Olivia.