PETALING JAYA – Penduduk di Pantai Timur dan Sabah dinasihatkan agar berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat pada malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangkakan akan pulih sepenuhnya selepas pukul 11 malam nanti.
“Di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh manakala di Terengganu hanya tertumpu di kawsan Besut dan Setiu,” katanya.
Selain itu, amaran cuaca buruk turut dikeluarkan bagi kawasan Telupid dan Beluran di Sabah.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.
“Ia adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE