fbpx

Kalender Liga M wajar selari jadual pertandingan di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WINDSOR mencadangkan kalender Liga M wajar diubah selari dengan pertandingan di Eropah bagi membolehkan pasukan bertanding mendapat pelbagai manfaat.

PENJADUALAN Liga Malaysia (Liga M) wajar diubah selari dengan pertandingan di Eropah bagi membolehkan pasukan bertan­ding mendapat pelbagai manfaat termasuk aspek kelancaran liga, pemasaran dan perpindahan pemain.

Cadangan yang dibuat oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu juga seiring dengan perubahan pertandingan Liga Juara-Juara Asia dan Piala AFC, di mana bermula tahun depan, aksi peringkat kumpulan akan bermula pada pertengahan September.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, badan induk itu tidak mempunyai hak untuk menentukan tarikh mana-mana pertandingan di negara ahli gabungannya dan semua terserah kepada setiap badan penganjur.

“Banyak negara tidak dapat ikut (kalender pertandingan liga di Eropah) disebabkan faktor cuaca. Bukan semua negara harus tukar tetapi kalau boleh tukar, ia pasti akan jadi lebih selari dalam banyak perkara.

“Sebab itu juga (perbezaan kalendar pertandingan) menyebabkan ada pemain tidak dapat beraksi di Eropah kerana jendela perpindahan berlainan. Jadi ini juga adalah faktor penting.

“Kalau mahu ditukar, ia bergantung kepada penganjur. Jika ikut kalendar AFC, ia pasti akan beri banyak kelebihan,” katanya.
Jika mengambil kira beberapa pertandingan di negara utama di Eropah, kebanyakan liga dimulakan pada Ogos dan akan berakhir pada Mei.

Untuk rekod, awal bulan ini AFC mengesahkan berlakunya perubahan jadual pertandingan Liga Juara-Juara dan Piala AFC musim depan yang akan dimulakan pada September dan berakhir pada Mei 2024.

Atas faktor itu juga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) wajar melihat semula bagi memastikan kelancaran perjalanan Liga Super yang bakal membabitkan 18 pasukan musim depan tidak terjejas atau pun berlakunya pertembungan jadual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI