fbpx

MAHA 2022: Ayam gergasi RM6,000 sedap dimakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa menunjukkan ayam baka buff orpington miliknya di MAHA 2022, Serdang baru-baru ini.

SERDANG – Selain reptilia dan lembu sado, seekor ayam gergasi baka buff orpington yang pertama di Malaysia juga turut ‘dipamerkan’ kepada pengunjung di Laman Ternakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelanco­ngan Malaysia (MAHA) 2022.

Ayam yang merupakan baka kedua terbesar di dunia itu mencuri tumpuan orang ramai, ditambah pula dengan sifat semula jadinya yang jinak.

Pemilik dan pengusaha Adik Abang Farm Enterprise, Mustapa Omar berkata, selain daripada saiz badan dan warnanya yang menyerlah, ia juga antara ayam yang paling sedap untuk dimakan.

“Ayam ini kita bawa dari Turkiye dan dibiak di sini kerana Malaysia belum ada lagi ayam baka buff orpington disebabkan har­ganya yang tinggi.

“Tujuan kita bawa ayam ini ekoran saiz badannya yang besar dan juga memiliki sifat semula jadi yang jinak.

“Kalau untuk makan, boleh dikatakan isi dagingnya antara yang paling sedap serta mengeluarkan telur yang lebih besar,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jelasnya, ayam berkenaan yang baru berusia lima bulan dan memiliki berat sebanyak 3 kilogram (kg) boleh mencecah sehingga 13kg apabila matang.

“Kebiasaannya berat matang ayam ini akan dicapai lebih kurang setahun empat bulan. Sebab itu ia berada dalam kate­gori kedua baka terbesar di dunia,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mustapa ber­harap dengan penganjuran MAHA 2022 dapat memberi pendedahan berkaitan ternakan ayam khusus baka dari luar negara untuk dijadikan sebagai produk komersial.

“Seperti yang kita tahu di Malaysia jenis ayam ini tidak banyak. Jadi tak salah kalau kita komersialkan baka dari luar.

“Sekarang ini kami nak fokuskan pada pembiakan dan saya galakkan ramai lagi penternak di luar untuk mencuba. Untuk sepasang ayam Orpington ini kita jual pada harga RM6,000, manakala RM3,500 untuk seekor,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI