fbpx

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Santi memaparkan rutian kehidupan hariannya yang menanam dan menuai cendawan tiram. – YouTube Pedesaan

JAKARTA – Seorang gadis yang bergelar petani cendawan dari Tasikmalaya, Jawa Barat menjadi perhatian netizen Indonesia kerana memiliki  paras rupa yang menawan, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan video yang dikongsikan sebuah saluran YouTube,  gadis bernama Santi itu memaparkan rutian kehidupan hariannya menanam dan menuai cendawan tiram.

Dia yang memakai tudung berwarna hitam dan berkain batik, dirakam melakukan aktiviti menuai cendawan. 

Menurut Santi,  pada  setiap hari dia akan berkunjung ke kawasan penanaman cendawan dan mengumpul hasil tanaman yang sudah siap dituai.

“Setiap hari, saya menuai cendawan pada pukul 9 atau 11 pagi (waktu tempatan). Jika sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan), cendawan masih kecil. 

“Selepas dikutip, saya akan membawa cendawan-cendawan itu ke bandar,” kata Santi dalam video tersebut.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Rajin Cik Santi bekerja. Gadis ini  patut dicontohi oleh wanita-wanita lain. 

“Sudahlah rajin, murah pula senyuman. Kalau diberi jodoh seperti Cik Santi, bagaikan dikurniakan isteri bidadari. Semoga sihat selalu dan berjaya,” kata seorang netizen.

Dalam pada itu, Wolipop menghubungai pemilik saluran YouTube yang memuat naik video Santi bagi mendapatkan kepastian mengenai gadis itu.

Menurut Dany Ramdany, dia memilih Santi dalam kandungan videonya kerana keadaan kehidupan gadis itu yang kurang bernasib baik berbanding gadis-gadis lain, namun mempunyai penampilan dan sikap yang baik.

“Pada usia dua tahun, Santi telah ditinggalkan ibu bapanya dan tinggal bersama neneknya. Selepas neneknya meninggal dunia, dia tinggal dengan bapa saudaranya,” kata Dany. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI