fbpx

Israel, Jihad Islam setuju gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mencari barangan berharga di sebalik runtuhan bangunan berikutan serangan udara Israel di Rafah, kelmarin. - CNN

BAITUlMUQADDIS – Satu perjanjian gencatan senjata berjaya dicapai antara Rejim Zionis  dan kumpulan pejuang  Jihad Islam berkuat kuasa  pukul 11.30 malam kelmarin, lapor saluran berita CNN semalam.

Pengumuman gencatan senjata itu dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri Israel yang turut mengucapkan terima kasih kepada Mesir selaku orang tengah dalam  inisiatif tersebut.

Bagaimanapun, Israel memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran perjanjian tersebut akan mengundang  tindakan keras Rejim Zionis.

“Israel akan melakukan apa sahaja  yang perlu untuk melindungi hak kami,” tulis kenyataan tersebut.

Persetujuan gencatan senjata dibuat kira-kira 50 jam selepas pertempuran bermula, apabila Israel melancarkan  serangan awal bersifat pencegahan terhadap kumpulan pejuang Jihad Islam di Semenanjung Gaza.

Pegawai-pegawai Palestin berkata, sekurang-kurangnya 44 orang awam dan pejuang Jihad Islam terbunuh dalam konflik itu dengan 15 antara mereka  adalah kanak-kanak.

Bagaimanapun, syarat perjanjian gencatan senjata  itu belum didedahkan kepada umum.

Agensi berita rasmi Mesir melaporkan bahawa dalam usaha mencapai gencatan senjata, Kaherah  berusaha untuk melihat pembebasan seorang pejuang Jihad Islam yang ditangkap oleh Israel enam hari lalu dan memastikan seorang tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar di penjara Israel akan dipindahkan ke hospital untuk rawatan perubatan

Perjanjian gencatan senjata sebelum ini melaporkan bahawa Israel melakukan komitmen untuk melonggarkan kepungan ke atas Genting Gaza.

Kelmarin, Jihad Islam melancarkan sejumlah roket ke arah Baitulmuqaddis susulan  serangan udara Israel ke atas  Gaza pada hari sebelumnya yang membunuh komander kumpulan itu, Khaled Mansour. Khaled adalah komander pejuang Islam kedua yang terkorban sejak operasi memerangi Jihad Islam bermula.

Dia meninggal dunia dalam serangan udara Israel ke atas  sebuah bangunan di Rafah, berhampiran sempadan Mesir.

Khaled terbunuh dalam operasi Israel yang dinamakan ‘Breaking Dawn’.

Dalam pembukaan kempen ketenteraan Israel petang Jumaat lalu, serangan udara Rejim Zionis  membunuh ketua operasi Jihad Islam, Tayseer Al-Jabari di utara Gaza.

Tentera Israel terus menyerang berpuluh-puluh sasaran lain di Gaza termasuk tapak pelancaran roket, kemudahan pembuatan senjata dan terowong yang didakwa sedang dibina untuk membolehkan militan menyusup masuk ke Israel dan melancarkan serangan.

Tentera Israel juga meluaskan kempennya ke Tebing Barat dengan enahan kira-kira 40 individu yang disyaki anggota  Jihad Islam di seluruh wilayah itu dalam dua malam sepanjang operasi berlangsung. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI