fbpx

Tular peniaga bancuh air balang guna air paip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang peniaga menggunakan air paip untuk jualan air balang di sebuah festival di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tindakan seorang peniaga yang menjual air balang dengan menggunakan air paip di sebuah Festival dipercayai di Kuching, Sarawak baru-baru ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai.

Ini kerana penggunaan air paip tanpa dimasak terlebih dahulu dikhuatiri akan memberi risiko kepada kesihatan.

Menerusi satu klip video di laman sosial monkeykingasia memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Berdasarkan video berdurasi lebih seminit itu, kelihatan peniaga terbabit pada mulanya meletakkan pewarna dan perisa minuman terlebih dahulu sebelum mencampurkannya bersama air paip.

Berikutan itu, rata-rata orang ramai ‘kembang tekak’ dan menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak bertanggunjawab.

“Kejadian depan mata aku orang tu tadah air paip untuk aku punya air mangga. Aku terus boikot, sudahlah air buah caj mahal,” kata Hasan.

“Sebab itu saya tak minum air di luar, risau akan kebersihan. Tak kisah lah walaupun viral sekali pun,” seloroh Alif.

“Dah berapa kali dia terpijak paip tu, letak kat atas tong maka bercucuran bakteria jatuh ke dalam air,” luah Raja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI