fbpx

Sheeda kemalangan di Jempol, Myvi kemek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan membabitkan Sheeda di Jalan Kampung Baru Air Hitam, Jempol semalam. - IHSAN POLIS

JEMPOL – Penyanyi dangdut, Sheeda, terbabit dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Kampung Baru Air Hitam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kemalangan pada pukul 3.08 petang berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dipandu Sheeda, 59, sedang bergerak dari Kampung Baru Air Hitam menuju ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, sebaik tiba dilokasi kejadian, sebuah kereta jenis Proton Wira telah keluar dari arah simpang sebelah kiri lalu merempuh pintu penumpang hadapan Myvi dipandu Sheeda.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu Proton Wira iaitu lelaki berumur 25 tahun telah mengalami kecederaan sakit di dada manakala Sheeda tidak cedera.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Chang Hook menasihati kepada semua pengguna jalanraya agar berhati-hati dan tidak mengamalkan sikap terburu-buru dalam pemanduan agar kemalangan seperti ini dapat dielakkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI