fbpx

Dembele jadi pilihan kedua United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMBELE (depan) sekadar membuat 75 penampilan dalam semua kejohanan bersama Barcelona kerana sering mengalami masalah kecederaan sejak berhijrah daripada Dortmund tiga tahun lalu. – AFP

MANCHESTER – Manchester United sedia menjadikan pemain sayap Barcelona, Ousmane Dembele sebagai pengganti jika gagal menyambar khidmat bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho sebelum jendela perpindahan tutup pada Khamis ini.

Difahamkan, The Red Devils akan mengemukakan bidaan terakhir kepada Dortmund yang pernah menolak tawaran buat Sancho bernilai £91.2 juta (RM486.9 juta) baru-baru ini.

Pemain berusia 20 tahun itu tetap menjadi buruan utama United yang kini dilaporkan sedia berunding buat kali terakhir selepas gergasi Liga Perdana Inggeris berkenaan enggan membayar permintaan Dortmund berjumlah £108 juta (RM576.5 juta).

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dikatakan mempu­nyai ‘pelan B’ dengan menjadikan Dembele sebagai pilihan kedua selepas alternatif sebelum ini iaitu Gareth Bale memilih untuk menyertai Tottenham Hotspur secara pinjaman daripada Real Madrid.

Bagaimanapun, Barcelona dipercayai hanya berminat melepaskan Dembele, 23, secara pinjaman walaupun bintang skuad antarabangsa Perancis itu lebih banyak menghabiskan masa di tepi padang kerana se­ring terpalit dengan masalah kecederaan.

Sebagai rekod, perpindahan Dembele ke Barcelona dengan nilai perpindahan tinggi berjumlah £96.8 (RM516.7 juta) tiga tahun lalu membuka peluang buat Sancho dibeli Dortmund daripada Manchester City bagi mengisi kekosongan tersebut.

Selain Dembele, Solskjaer turut mempertimbangkan peluang menandatangani dua pemain yang jauh lebih murah iaitu Ivan Perisic dan Douglas Costa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN