fbpx

Tidak semua perceraian berpunca orang ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kebanyakan penceraian sering dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga sebagai punca kepada pergolakan sesebuah rumah tangga yang mencetuskan pergaduhan besar.

Bagaimanapun menurut seorang peguam, Saidah Zakaria, antara punca lain perpisahan suami isteri kerana mereka lebih selesa hidup sebagai kawan baik yang tidak terikat dengan sebarang hubungan.

“Tidak semua pasangan bercerai sebab bergaduh atau tidak cinta.

“Ada orang lepas kahwin baru mereka sedar yang mereka sebenarnya hanya bahagia sebagai kawan baik sahaja bukan suami isteri,” ciapnya di Twitter baru-baru ini.

Jelasnya, kebanyakan pasangan yang bermula sebagai kawan baik ini akan lebih memilih untuk terus berkawan berbanding berkahwin.

Katanya, keputusan untuk berpisah juga dilakukan dalam keadaan yang tenang atas persetujuan bersama.

“Sebab itu mereka boleh sama-sama berpimpin tangan pergi mahkamah, borak-borak di luar dewan, masuk-masuk cerai,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai juga bersetuju dengan pendapat peguam berkenaan dan bagi mereka ia adalah demi kebaikan bersama.

“Tidak salah terus kekal berkawan, sama-sama ada untuk satu sama lain, jaga anak sama-sama walaupun bukan sebagai suami isteri, hubungan kawan lebih kekal lama,” kata seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN