BEBERAPA selebriti terkenal Hollywood seperti Kylie Jenner dan Drake dikritik teruk sebagai penyebab pencemaran udara kerana menggunakan jet peribadi walaupun untuk bergerak ke destinasi berdekatan.
Terbaharu, nama penyanyi terkenal Taylor Swift juga termasuk dalam daftar artis pembawa pencemaran udara kerana melakukan hal serupa.
Penyanyi berusia 33 tahun itu juga dinobatkan sebagai penyebab pencemaran karbon dioksida.Menurut laporan yang dikeluarkan portal Yard, jet peribadi milik Swift mengeluarkan lebih 8,000 tan karbon dioksida sepanjang 170 kali penerbangan sejak Januari lalu.
Berada di belakangnya adalah penyanyi rap Travis Scott diikuti Kim Kardashian, Oprah Winfrey dan pelakon Mark Wahlberg.
Pendedahan tersebut mengelirukan peminat yang serba salah sama ada mahu membela atau mengkritik Swift.
“Apakah saya perlu membela Swift? Tapi saya bencikan pencemaran udara,” kata peminat.
Situasi tersebut turut menuai kritikan netizen yang menghasut orang lain supaya memboikot konsertnya tidak lama lagi.