fbpx

Alcantara positif wabak Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCANTARA bakal terlepas banyak perlawanan EPL bersama Liverpool bulan ini termasuk aksi penting bertemu musuh setempat, Everton jika masih positif Covid-19. – AFP

LIVERPOOL – Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menerima tamparan hebat selepas bintang baharunya yang dibeli daripada Bayern Munich, Thiago Alcantara di­sahkan positif wabak pandemik Covid-19.

Situasi itu menyaksikan The Reds terpaksa melupakan khidmat Alcantara, 29, untuk beberapa perlawanan EPL seterusnya termasuk satu lagi aksi menentang Arsenal, kali ini dalam pu­singan keempat Piala Liga di Anfield awal pagi esok.

Pemain tengah Sepanyol itu sebelum ini sudah terlepas perlawanan ketika menang 3-1 ke atas Arsenal dalam saingan EPL kelmarin kerana masalah kecergasan selepas membuat debut cemerlang menewaskan Chelsea 2-0 pada 20 September lalu.

“Kami mengesahkan bahawa Alcantara telah diuji positif Co­vid-19. Dia kini perlu menjalani proses kuarantin di kediaman sendiri dengan mengikut protokol yang telah ditetapkan.

“Keadaannya akan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa dan kami berharap dia akan kembali menyertai skuad utama secepat mungkin,” menurut ke­nyataan rasmi Liverpool malam kelmarin.

Selain terlepas perlawanan menentang Arsenal awal pagi esok, Alcantara juga tidak dapat diturunkan menentang Aston Villa untuk perlawanan EPL seterusnya minggu depan.

Jika bekas bintang Barcelona itu disahkan negatif wabak Co­vid-19, dia dijangka kembali ber­aksi buat skuad bimbingan Jur­gen Klopp tersebut dalam aksi derbi Merseyside menentang Everton di Goodison Park pada 17 Oktober ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI