fbpx

Lampard masih lagi hormati Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD (kanan) berperang mulut dengan Mourinho (kiri) sewaktu pusingan keempat Piala Liga awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard tidak tersinggung dengan kata-kata pedas pengendali Tottenham Hotspur, Jose Mourinho selepas mereka tersingkir pada pusi­ngan keempat Piala Liga di ta­ngan musuh setempat dari London itu awal pagi semalam.

The Blues terpaksa akur gagal melangkah ke peringkat suku akhir setelah tewas 4-5 menerusi penentuan sepakan pe­nalti selepas kedua-dua pa­sukan terikat 1-1 dalam 90 minit waktu permainan sebenar.

Sebaliknya, Lampard, 42, menempelak Mourinho, 57, kerana tindakan bekas pengurusnya itu yang didakwa lebih banyak bercakap dengan pe­ngadil daripada memberikan soko­ngan kepada anak-anak buahnya sepanjang perlawanan tersebut.

“Saya cuma bangun dan beri­tahu Mourinho bahawa beliau lebih banyak bercakap dengan pengadil daripada pemain-pemainnya sendiri. Tiada apa yang berlaku, kami cuma berseronok sahaja.

“Saya masih menghormati Mourinho, cuma dia kerap sangat bercakap di tepi padang. Mungkin ketika itu beliau sedikit tertekan berdasarkan corak permainan pasukannya pada separuh masa pertama,” katanya.

Penyerang baharu Chelsea, Timo Werner berjaya meledak gol pertamanya bersama kelab itu selepas membuka tirai jari­ngan dalam babak pertama sebelum Erik Lamela menyamakan kedudukan buat Spurs pada hujung separuh masa kedua.

Bagaimanapun, Lampard tetap memuji prestasi barisan pemainnya termasuk penjaga gol baharu, Edouard Mendy meskipun nasib tidak menye­belahi mereka tewas menerusi penentuan sepakan penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI