fbpx

Restoran cari pekerja sambilan wanita saiz payudara cup D

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kertas iklan yang dimuat naik di Twitter dan menimbulkan kemarahan netizen. - Twitter

AUCKLAND – Sebuah restoran di New Zealand menimbulkan kemarahan pengguna media sosial apabila mengiklankan jawatan kosong pekerja sambilan yang mahukan pemohon wanita yang memiliki cup  payudara bersaiz D, lapor akhbar New York Post, semalam.

Gambar tersebut telah dikongsi di Twitter dan telah menimbulkan kemarahan netizen.

Catatan yang kini viral itu dikongsi di Twitter oleh Jack Kevorkian. Ia memaparkan gambar risalah dengan keperluan yang pelik.

Iklan itu dikeluarkan oleh Stumpers Bar and Cafe di Hokitika, New Zealand.

“DIKEHENDAKI: Kakitangan bar sambilan diperlukan. Pemohon mesti mempunyai payudara Saiz D, senyuman menawan dan ceria” kata iklan pekerjaan itu. 

“Tetapi, Lelaki Juga Boleh Memohon,” tambah tulisan iklan tersebut.

 Netizen yang berang telah membanjiri ruangan komen dengan reaksi marah mereka.

“Bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi petunjuk jelas anda akan diganggu pelanggan setiap hari,” tulis seorang pengguna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI