fbpx

Beri keutamaan kerusi di klinik kepada ibu hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial baru-baru ini.

PETALING JAYA – Berada di tempat awam pastinya sikap bertolak ansur perlu menjadi keutamaan terutama melibatkan wanita hamil, orang kelainan upaya (OKU) serta warga emas.

Baru-baru ini kecoh di media sosial sebuah video memaparkan tindakan seorang lelaki yang dilihat sedang tidur di kerusi sebuah klinik ibu dan kanak-kanak.

Dalam video yang sama, keadaan sekeliling dipenuhi ramai golongan ibu hamil sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan kesihatan.

Apa yang menimbulkan kemarahan ramai adalah, apabila terdapat seorang wanita yang sarat terpaksa berdiri sambil bersandar di dinding kerana tidak mendapat kerusi.

“Ini masalah masyarakat kita, yang lelaki boleh siap tidur dekat kerusi, wanita hamil pula berdiri tunggu giliran,” komen seorang pengguna.

“Kalau di klinik aku pergi, memang akan ada jururawat menjerit kalau nampak ruang keutamaan disalah guna oleh golongan lain,” ujar pengguna lain.

“Sedap kau tidur ye bang, kalau penat sangat, cari la tempat lain, jangan susahkan orang lain, ada bini pun tak boleh kejutkan suami kalau dah nampak ada yang lain menunggu,” ciap pengguna Twitter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI