fbpx

Polis tahan lelaki yang bertindak luar kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Besi yang digunakan suspek

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki tempatan semalam berkenaan kes khianat dan ugutan jenayah di Jalan SS9A/1 Sungai Way di sini.

Polis menahan suspek pada pukul 11.50 malam di pekarangan Balai Polis Petaling Jaya selepas mendapati kejadian tersebut berlaku pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek berusia 30 tahun bertindak luar kawalan dan mengugut mangsa yang juga seorang pemandu lori.

“Mangsa berusia 38 tahun memberhentikan lori miliknya di bahu jalan untuk menghantar barang dan mengalihkan kenderaannya sedikit ke hadapan bagi memberi laluan kepada kenderaan suspek melalui jalan tersebut.

“Tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut suspek bertindak luar kawalan dengan mengeluarkan kata-kata kesan serta memecahkan cermin sisi lori terbabit dengan menggunakan sebatang besi,” katanya dalam satu kenyataan akhabr hari ini.

Mengulas lanjut, Ezanee berkata, hasil pemeriksaan lanjut dalam kenderaan suspek, polis menjumpai besi yang dipercayai digunakan dalam insiden tersebut.

“Suspek ditahan reman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah terhadap mangsa,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit, Selasa lalu, membabitkan seorang lelaki menaiki kenderaan jenis Honda memarahi seorang pemandu lori lalu memukul cermin sisi lori terbabit menggunakan sebatang besi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI