fbpx

Penduduk Islam Songkhla bantah pembinaan patung gergasi di atas gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masyarakat Islam membuat bantahan aman terhadap pembinaan patung dewi Kuan Yin setinggi 200 meter di atas gunung Khao Lon, Songkhla. - Khaosod

BANGKOK – Lebih 4,000 orang Islam berhimpun bagi membantah pembinaan patung Kuan Yin terbesar  dunia di Gunung Khao Lon,  wilayah Songkhla di  selatan Thailand, lapor laman Thaiger, kelmarin.

Presiden Jawatankuasa Islam Wilayah Songkhla, Sakkriya Bilsal bersama  imam dari setiap masjid di wilayah itu adalah antara mereka yang menentang pembinaan patung dewi Cina setinggi 200 meter di atas gunung itu.

Lokasi tersebut dikelilingi penempatan masyarakat Islam.

Kuan Yin (juga ditulis Guanyin atau Kuan Im) ialah ‘Dewi Belas dan Ihsan’ Cina yang disembah oleh penganut Buddha di China, Tibet, Jepun, Korea, Thailand, Vietnam, dan beberapa pergerakan Buddha Barat.

Penunjuk perasaan memegang sepanduk bertulis ‘Penduduk Kampung Jana-Thepa tidak mengalu-alukan TPIPP’.

TPI Polene Power Plc yang merupakan pengendali loji janakuasa tempatan merancang untuk membina patung itu dan membangunkan kawasan perindustrian di daerah Chana.

Orang Islam tempatan percaya bahawa pembinaan patung itu bukan kerana agama tetapi bermotifkan keuntungan kerana pelaburan modal besar dalam projek tersebut.

“Anda mungkin mempunyai hak untuk membina apa sahaja di atas tanah anda, tetapi kami mahu anda memikirkan bagaimana ia membantu untuk hidup bersama dalam masyarakat beragama Islam,” kata salah seorang imam masjid yang membuat bantahan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI