fbpx

Empat anggota PPM Tawau melecur, bot ronda meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh Ivan Amirul

TAWAU – Seramai empat anggota Pasukan Polis Marin (PPM) melecur selepas bot peronda dinaiki meletup ketika berada di kawasan perairan laut Tanjung Batu hari ini.

Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi itu, semua anggota berkenaan baru selesai mengisi minyak.

Mereka kemudiannya melalui landasan Bengkel PPM untuk membuat ‘Sea Trail’ di perairan Tanjung Batu.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Empat Tawau, Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata, kejadian melibatkan anggota serta kru bot ronda PCR 50.

“Letupan kuat dipercayai dari bahagian enjin bot kira-kira tiga minit selepas ‘Sea Trail’ dijalankan.

“Kejadian itu mengakibatkan seorang anggota tercampak ke laut manakala tiga lagi anggota masih berada di atas bot,” katanya kepada pemberita di sini tadi.

Sementara itu, Mohd Nazari berkata, semua anggota terlibat dalam kejadian terbabit kini dirawat di Hospital Tawau.

“Bagaimanapun, salah seorang anggota menggunakan alat bantuan pernafasan kerana disyaki terhidu asap,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI