fbpx

Brighton mahu terus dihormati lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAUPAY akan terus menjadi sandaran Potter untuk mengetuai jentera serangan Brighton dan memburu lebih banyak jaringan musim ini. – AFP

BRIGHTON me­­lakukan kejutan musim lalu apabila menamatkan sai­ngan dalam kelompok 10 pasukan ter­atas setelah berjaya mengutip 51 mata dalam 38 perlawanan untuk membolehkan mereka menghuni tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris.

Kejayaan itu sudah pasti memberikan suntikan moral yang tinggi buat skuad kendalian Graham Potter itu mem­buru kedudukan yang lebih baik musim baharu nanti, namun perlu memberikan tekanan bagi aspek jentera serangan apabila sekadar meledak 42 gol sahaja musim lalu.

Leandro Trossard menjadi salah satu aset utama Brighton sejak menyertai kelab itu tiga tahun lalu dan kekal menjadi pe­rancangan utama The Seagulls musim ini selepas pemain Belgium tersebut meledak lapan gol.

Pemain berusia 27 tahun tersebut akan bergandi­ngan bersama penyerang muda Perancis, Neal Maupay yang turut meledak lapan gol sepanjang 32 penampilannya musim lalu.

Bagaimanapun, Brighton dijangka berdepan tugas sukar untuk mengutip tiga mata pertama mereka apabila perlu berhadapan Manchester United pa­da aksi pembukaan malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI