fbpx

Mangsa culik Abu Sayyaf warga Indonesia maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seorang daripada lima nelayan warga Indonesia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di Lahad Datu, Januari lalu, dilaporkan maut akibat tertembak dalam satu pertempuran antara pasukan keselamatan Filipina dan kumpulan militan Abu Sayyaf berkenaan.

Mangsa yang belum dikenalpasti identitinya dikatakan terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di Pulau Basilan, di selatan Filipina pada 28 September lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

”Pertempuran itu berlaku di Pulau Basilan dan salah satu mangsa nelayan warga Indonesia dipercayai maut selepas terkena tembakan,” katanya di sini tadi.

Terdahulu, pada 16 Januari lalu, lima nelayan warga Indonesia diculik di perairan Tambisan, Lahad Datu.

Kejadian itu berlaku antara 9 hingga 10 malam, apabila 8 lelaki yang menaiki sebuah kapal nelayan keluar menangkap ikan di perairan itu sebelum 5 daripada mereka dipercayai diculik.

Lima nelayan yang diculik itu dikenali sebagai Arsyad Dahlan, 41, La Baa, 32, Riswanto Hayano, 27, Edi Lawalopo, 53, dan Syarizal Kastamiran, 29.

Kapal nelayan yang berdaftar di Sandakan itu kemudian ditemui tanpa anak kapal di perairan Tangusu Bay pada 12.40 tengah hari keesokan harinya.

Difahamkan, lokasi kapal itu ditemui berhampiran lokasi kejadian culik sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI