fbpx

Permulaan musim lebih mudah buat Wolves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEE-CHAN

KEHADIRAN bekas pengendali kelab Benfica, Bruno Lage sebagai pengurus baharu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton musim lalu ternyata bukan biasa-biasa apabila berjaya meletakkan skuad itu di kedudukan 10 terbaik keseluruhan.

Sudah pasti pengendali ber­usia 46 tahun tersebut mempunyai resepi terbaik untuk memulakan saingan EPL musim ini apabila berdepan laluan sedikit mudah.

Wolves akan berdepan Leeds pada aksi pembukaan dan sete­rusnya Fulham. Selepas itu mereka akan berdepan Tottenham Hotspur, Newcastle United dan Bournemouth pada akhir bulan ini.

Tidak seperti musim lalu, pa­sukan Lage berdepan tugas berat selepas menentang pasukan hebat berturut-turut seperti Liver­pool dan Manchester City, seterusnya West Ham United dan Chelsea pada awal saingan.

Musim ini, Wolves dijangka mengambil pendekatan yang berbeza terutama memburu keputusan positif pada lima pertembungan musim ini.

Kehadiran penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan yang menyertai Wolves awal Januari lalu bakal memastikan skuad itu terus memberi tentangan hebat, selain mereka turut membawa masuk pemain pertahanan antarabangsa Ireland, Nathan Collins.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI