fbpx

2 lelaki Thailand dicekup seludup petrol, diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP (kanan) membawa dua lelaki Thailand yang dipercayai menyeludup petrol dan diesel ke Mahkamah Majistret Machang untuk prosiding reman hari ini. FOTO IHSAN KPDNHEP

TANAH MERAH – Dua lelaki Thailand dicekup selepas dipercayai menyeludup sebanyak 150 liter petrol dan 50 liter diesel bernilai RM3,415 di pangkalan haram Rumah Anjing, Kampung Renab dekat Bukit Bunga di sini semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 19 tahun dan 35 tahun itu ditahan semasa mereka menyeberangi sungai di pangkalan haram tersebut kira-kira pukul 8 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, pihaknya menerima serahan kes daripada Batalion Ke-23, Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Gua Permai berhubung satu operasi dan pencegahan ketirisan barang kawalan di sempadan negara.

Menurutnya, serbuan dijalankan semasa kedua-dua suspek sedang memunggah bekas plastik yang berisi petrol dan diesel untuk menyeberangi sungai di pangkalan haram itu.

“Siasatan mendapati, mereka tidak memiliki sebarang dokumen atau pas sah untuk memasuki negara ini.

“Kita telah merampas minyak petrol sebanyak 150 liter, minyak diesel 50 liter dan sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran Thailand,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Azizi, pihaknya telah mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini dari Mahkamah Majistret Machang untuk menjalankan siasatan terhadap kedua-dua suspek.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu dengan niat memiliki barang kawalan minyak petrol dan diesel untuk melakukan suatu kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI