fbpx

Lebih 2,000 termasuk asnaf serbu karnival kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencari kerja termasuk asnaf membanjiri karnival kerjaya LZS di SACC hari ini.

SHAH ALAM – Karnival Kerjaya Jom Kerja Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) berlangsung meriah apabila diserbu lebih 2,000 pencari kerja.

Karnival tersebut menawarkan lebih 6,000 peluang pekerjaan dari 31 majikan pelbagai sektor untuk ditawarkan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf.

Seorang asnaf mualaf dari rumah kebajikan Baitul Salam, Farhan Abdullah,28, memberitahu ingin mencuba nasib bagi mengubah corak hidupnya selepas lama menganggur.

Katanya, dia mempunyai kelulusan teknikal dari sebuah pusat pengajian dan bercita-cita bekerja dalam bidang tersebut.

“Syukur dapat turut serta karnival ini dan harap tuah menanti agar beroleh pekerjaan nanti.

“Sudah tentunya, berharap dapat bekerja sebagai seorang juruteknik atau bidang berkaitan saya terima dengan sebaiknya,”katanya ketika ditemui hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI